When I 12 years old

When I 12 years old
Miss dis moments =(

Tuesday, November 30, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 8

Keesokan harinya, air mata Sharifah Erma tumpah sebaik sahaja melihat wajah Syed Suhaimi pucat. Tiba-tiba kesedihannya merajai hati. Sharifah Erma tidak tahu mengapa dia menangis. Semenjak Syed Suhaimi masuk hospital, baru kali ini dia menangis. Sharifah Erma melangkah perlahan ke sisi katil ayahnya. Sambil mengesat air mata, Sharifah Erma menarik kerusi dan menunggu ayahnya terjaga.

     "Ayah, Ema datang yah!" bisik Sharifah Erma perlahan. Namun Syed Suhaimi begitu lena. Sharifah Erma tidak mahu mengganggu. Dia hanya memerhatikan nafas Syed Suhaimi turun naik. Wajah Syed Suhaimi nampak tenang dan damai. Sharifah Erma merenung wajah itu sambil menyeka air matanya yang masih tumpah. Hati Sharifah Erma sayu dan pilu. Mengapa aku ni? Soalnya sendiri. Di saat-saat begini, dia berasa begitu sunyi. Bilik hawa dingin itu semakin menghimpunkan kesedihan di dadanya. Esaknya bagaikan menjadi-jadi. Syed Suhaimi tersentak dan menoleh. Dia terkejut melihat Sharifah Erma menangis di sebelahnya.

     "Ema, kenapa sayang?" soal Syed Suhaimi dan cuba bangun. Tetapi Sharifah Erma meminta ayahnya baring semula.

     "Ema tak apa-apa, ayah!" ujar Sharifah Erma menyapu hidung. "Ema sedih tengok ayah macam ni," Sharifah Erma berdalih.

     "Eh...kenapa ni? Ema tak pernah menangis sebelum ni," soal Syed Suhaimi kehairanan. Dia berasa semakin sihat dan bertenaga. Syed Suhaimi sudah boleh duduk sendiri tanpa dibantu.

     "Ema, ayah tak pernah tengok Ema menangis hanya kerana ayah sakit. Ni mesti ada apa-apa?" soal Syed Suhaimi.

     Sharifah Erma menggeleng. Tetapi renungan Syed Suhaimi bagaikan mendesak anaknya itu memberikan jawapan segera.

     "Ayah!" Akhirnya tangisan Sharifah Erma meledak.

     Syed Suhaimi mengusap rambut anaknya dengan penuh kasih sayang. Kehairanan semakin menghimpun. Pasti ada sesuatu yang tidak kena kepada puterinya itu.

     "Kenapa Ema?"

     "Ema kalah ayah!"

     "Hmm...biasalah. Belum rezeki kita nak dapat tender tu, nak buat macam mana," pujuk Syed Suhaimi sambil mengukir senyuman. "Tapi, Ema tak pernah pulak menangis kalau kita kalah tender...kenapa?"

     Sharifah Erma terkedu. Dia serba-salah untuk memberitahu ayahnya. Sedangkan sebelum ini dia sanggup berkongsi apa sahaja rahsia dengan ayahnya.

     "Kita menang tender tu ayah," tutur Sharifah Erma lambat. Dia baru teringat, AZ-L Corporation baru sahaja memenangi tender membaik pulih Jambatan Pulau Pinang yang bernilai hampir RM 3 juta.

     "Habis tu, kenapa menangis?"

     "Ema kalah dengan perasaan Ema sendiri," ujar Sharifah Erma cuba berkias.

     Syed Suhaimi tersenyum. Dia mula memahami maksud anak gadisnya.

     "Ema jatuh cinta?" Syed Suhaimi meneka.

     Sharifah Erma menggeleng.

     "Habis tu?"

     "Ema cintakan dia tapi dia dah ada orang lain."

     "Bertepuk sebelah tangan?"

     "Lebih kurang macam itulah."

     "Sape orangnya Ema, ayah kenal?"

     "Ayah kenal dan rapat sangat dengan keluarganya."

     "Ema, cuba berterus-terang!"

     "Ema seorang perempuan ayah!"

     "Kalau ayah teka?"

     "Sape?"

     "Tengku Shahir?"

     Sharifah Erma tersentak yang amat sangat. Dia kehilangan bicara untuk memberitahu bahawa tekaan ayahnya sangat tepat.

     "Betul kan, Shahir?"

     "Mana ayah tau?"

     "Ema dengan Shahir membesar di depan mata ayah. Mata ayah tak pernah berbohong. Hati ayah tak pernah berdusta. Kamu berdua sangat rapat. Dan ayah sudah menduga, perkara ni pasti berlaku. Kalau tak kedua-duanya, salah sorang dari kamu pasti akan jatuh cinta," ujar Syed Suhaimi sambil mengusap lembut pipi anak gadisnya yang berumur 25 tahun itu dengan penuh kasih sayang.

     Sharifah Erma membenamkan wajahnya ke pangkuan Syed Suhaimi. Dia berasa selamat dan dilindungi. Syed Suhaimi mengusap rambut Sharifah Erma berkali-kali. Syed Suhaimi merenung anaknya dengan perasaan sayang. Anak tempat dia bermanja dan mencurahkan kasih, kini sedang menangis dalam pangkuannya.

     "Ema pasti gadis tu kekasih Shahir?" soal Syed Suhaimi.

     Sharifah Erma mengangguk dalam tangisan.

     "Mungkin kawan biasanya?" soal Syed Suhaimi lagi.

     "Mak Engku dengan Ayah Engku layan dia dengan baik. Kemesraan Shahir bukan macam kemesraan seorang kawan biasa," luah Sharifah Erma sambil menyeka air matanya. "Tapi, Ema takkan mengalah ayah!" Sharifah Erma mempamerkan kedegilannya. Dia mengangkat kepalanya dengan wajah yang serius.

     Syed Suhaimi agak terkejut. Tetapi dia maklum akan perangai anak gadisnya itu. Sharifah Erma tidak akan mudah menyerah walau dalam apa keadaan sekalipun. Dia pasti akan berusaha mendapat apa yang dia inginkan termasuk cintanya kepada Tengku Shahir. Syed Suhaimi tiba-tiba berdebar. Mungkinkah Sharifah Erma akan melakukan sesuatu kepada kekasih Shahir?

     "Ema, elok kalau Ema pastikan dulu."

     "Nak pastikan apa lagi ayah?"

     "Maksud ayah, kalau betul dorang berdua memang bercinta."

     "Ema takde harapan?" soal Sharifah Erma berterus-terang.

     Syed Suhaimi pura-pura tersenyum.

     "Ayah jangan bagitau mama. Ni rahsia kita berdua," perintah Sharifah Erma.

     Syed Suhaimi hanya ketawa. Sharifah Erma menjeling. Kemudian duduk semula di sofa di hadapan katil Syed Suhaimi. Dalam banyak hal Syed Suhaimi amat mengagumi anak gadisnya itu. Tetapi dalam beberapa hal yang lain, dia jadi risau mengenangkan kerenah Sharifah Erma. Bagaimana kalau dia bertindak di luar jangkaan?

     Pintu bilik diketuk perlahan. Dan beberapa saat kemudian wajah Tengku Zawawi muncul di sebalik pintu. Syed Suhaimi terkejut. Sharifah Erma agak menggelabah. Tengku Zawawi menghampiri Sharifah Erma dan duduk di sebelah anak saudaranya. Wajah Sharifah Erma yang muram dan serba salah direnungnya.

     "Apahal pulak ni?" Tengku Zawawi mengusik, seperti biasa. "Bergaduh dengan orang bank ker?" tambah Tengku Zawawi lagi.

     Sharifah Erma mengukir senyuman paksa. Syed Suhaimi merenung wajah anaknya dengan simpati.

     "You bukan tak tau kalau Ema merajuk," ujar Syed Suhaimi sambil ketawa. Ketawanya juga dibuat-buat dan tampak tidak ikhlas. Sharifah Erma bingkas bangun. Dia mencapai beg tangannya.

     "Ema nak ke mana?" soal Syed Suhaimi, hairan melihat sikap anaknya.

     "Ema balik dulu ayah, mungkin mama nak datang sekejap lagi," jawab Sharifah Erma acuh tak acuh. Pipi Syed Suhaimi diciumnya. Tengku Zawawi tersenyum apabila tangannya turut dicium oleh anak saudaranya itu.

     "Ema balik dulu Ayah Engku," tutur Sharifah Erma perlahan.

     "Lain macam Ema harini. Abang Syed marah dia ker?" soal Tengku Zawawi sebaik sahaja Sharifah Erma menghilang.

     "Engku tau kan, abang tak pernah marah Ema seumur hidup abang!"

     "Habis tu?"

     "Biasalah...budak-budak muda."

     "Frust?"

     "Katanya!"

     "Wah! Dalam diam-diam Ema dah ada kekasih. Saya tak pernah tau sebelum ni. Shahir tentu terkejut kalau tau Ema dah ada kekasih!"

     "Pasal apa pulak Shahir nak terkejut?" soal Syed Suhaimi. Hatinya bagaikan ditarik-tarik untuk mendengar tentang Tengku Shahir. Mungkinkah Shahir juga menyintai anaknya?

     "Yalah, dorang berdua tu rapat sejak kecil. Rahsia Shahir rahsia Ema, rahsia Ema rahsia Shahir. Mana boleh Ema rahsiakan tentang kekasihnya dari Shahir," Tengku Zawawi mengukir senyuman nipis.

     "Oh yer, Ema ada bagitau tadi. Tengku Shahir dah ada buah hati, betul ker Engku?"

     Tengku Zawawi tersentak. Mata abang iparnya ditenung lama. Syed Suhaimi mengharapkan kepastian. Kasihan Sharifah Erma jikalau cintanya ditolak oleh Tengku Shahir kerana dia sudah ada kekasih hati.

     "Mana ada," Tengku Zawawi menafikan khabar itu. Hatinya berdebar. Mestikah dia memberitahu Syed Suhaimi tentang Adira? Kalau diikutkan, inilah masa terbaik yang mereka ada. Tengku Habibah, Sharifah Erma dan Tengku Firdaus tidak bersama mereka di situ. Mestikah aku memberitahunya?

     "Agaknya Engku nak bermenantu senyap-senyap kot?" usik Syed Suhaimi pula.

     Tengku Zawawi ketawa kecil seraya menggeleng-gelengkan kepalanya.

     "Hai budak-budak. Shahir bukan Abang Syed tak kenal," Tengku Zawawi cuba mengelak soalan selanjutnya.

     "Ema kata, kawan Shahir ada di rumah Engku sekarang. Betul ker?" Syed Suhaimi mengorek rahsia. Tengku Zawawi berdebar. Beberapa saat kemudian dia ketawa lagi.

     "Oh kawan Shahir tu? Alah, tu kawan Shahir masa dia belajar kat US, dia turun KL saja nak habiskan cuti," Tengku Zawawi berdalih.

     Syed Suhaimi mengukir senyuman nipis. Dia menarik nafas lega. Kalau benar statusnya hanya kawan kepada Shahir, mungkin kekecewaan Sharifah Erma tidak akan berlarutan.

     Syed Suhaimi merenung siling. Tengku Zawawi melayan perasaannya. Bagaimana kalau akhirnya Syed Suhaimi mengetahui bahawa gadis Inggeris itu adalah anaknya?

     Bagaimana penerimaan abang iparnya itu? Dan Tengku Habibah? Pasti hati kakak iparnya akan hancur berkecai apabila rahsia itu terbongkar nanti. Bagaimana pula dengan nasib Adira? Patutkah dia menunggu lama untuk bertemu ayahnya?

     "Engku, sebenarnya abang rindu," luah Syed Suhaimi secara tiba-tiba sambil meletakkan tangan di bawah kepala. Tengku Zawawi menjeling Syed Suhaimi.

     "Rindu? Kak Engku belum datang jenguk abang ker?" soal Tengku Zawawi meneka.

     "Bukan, abang rindukan Adira!" Kata-kata yang diucapkan Syed Suhaimi mengejutkan Tengku Zawawi. Dia berasa darahnya menyerbu pantas ke muka. Tengku Zawawi menggelabah seketika.

     "Hah, abang...abang nak saya cari dia ker?" soal Tengku Zawawi tergagap-gagap.

     "Abang nak tau khabar dia," balas Syed Suhaimi.

     Tengku Zawawi mengeluh. Hujung kaki Syed Suhaimi dipegangnya erat. Tengku Zawawi menjadi tidak menentu.

     "Tiba-tiba jer abang teringatkan dia?"

     "Mungkin kerana abang telah berdosa pada Adira dan mamanya," keluh Syed Suhaimi.

     Tengku Zawawi dapat merasakan kesedihan lelaki itu semakin dalam. Ombak dadanya menunjukkan bahawa Syed Suhaimi sedang berperang dengan perasaan.

     "Mana nak cari dia bang?" soal Tengku Zawawi, pura-pura tidak mengetahui di mana Adira berada.

     "London barangkali. Atau Itali rumah neneknya."

     "Dia mesti dah besar yer bang?" soal Tengku Zawawi lagi. Mahu meyakinkan abang iparnya tentang ketidaktahuannya tentang Adira.

     "19 atau 20 tahun, abang tinggalkan dia masa umurnya baru setahun. Mesti dah dewasa, cantik dan tamat pengajian universitinya."

     "Abang nak saya kesan di mana Adira?"

     "Engku jer yang kenal Cheryl. Mungkin dia ingat lagi pada Engku."

     "Abang ingat lagi tak masa abang kenalkan Cheryl pada saya? Saya macam tak percaya abang nak madukan Kak Engku dengan perempuan Inggeris tu," Tengku Zawawi mengungkit kisah silam.

     "Cinta punya pasal Engku."

     "Cinta abang masih ada lagi untuk Cheryl?"

     "Ada tapi tak banyak." Tengku Zawawi menarik nafas panjang mendengar pengakuan Syed Suhaimi.

     "Yang penting abang nak selamatkan Adira. Agama dan pegangannya," ucap Syed Suhaimi.

     Tengku Zawawi tersentak. Dia meramas kaki abang iparnya sebelum berdiri dan melangkah pergi.

     "InsyaAllah bang, saya akan usahakan." Tengku Zawawi berjanji. Sorotan mata Syed Suhaimi bagaikan mengandungi seribu harapan.

     "Janji yer Engku, walaupun abang dah takde, Adira mesti diselamatkan," tutur Syed Suhaimi hiba.

     Tengku Zawawi berdebar. Mungkinkah Syed Suhaimi akan 'pergi' dalam waktu terdekat ini? Tengku Zawawi kembali menoleh ke arah Syed Suhaimi. Aku harus memberitahunya sekarang, mesti!

     "Abang Syed, sebenarnya..." Tengku Zawawi tergamam.

     "Ada apa Engku?"

     "Adira..." Namun kata-katanya terputus apabila Tengku Habibah menolak pintu dan terkejut melihat kehadiran Tengku Zawawi di situ.

     "Ku Wi! Kak Engku ingat tak datang."

     Tengku Zawawi hanya tersenyum. Syed Suhaimi memberi isyarat supaya tidak bercerita lagi tentang Adira. Sayang, dia terlambat untuk membuka mulutnya.

                                                                               ~BERSAMBUNG~

Friday, November 26, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 7

     "Maafkan mama, Adira, maafkan mama." Tengku Shahir terus memujuk Adira. Adira masih mendiamkan diri.
     Wajah gadis yang mendung itu bagaikan memberitahu segala-galanya. Tengku Shahir turut berasa malu atas sikap Tengku Mahanum kepada Adira. Walaupun bukan kesalahan gadis kecil molek itu terlantar di sini tetapi Tengku Mahanum seperti hendak menyakitkan hatinya.
     Adira masih merenung kolam beriak kecil di hadapannya. Bebayang tubir membina garis sepadan antara kolam dan airnya. Adira seperti tidak mendengar pujukan Tengku Shahir. Memang hatinya terluka. Rupa-rupanya apa yang dibayangkan Cheryl, kini menjadi kenyataan. Dia tidak akan diterima di sini. Hanya kerana dia anak kepada seorang wanita Inggeris yang dituduh perampas kebahagiaan isteri pertama.
     "Adira tau, hati mama Shahir tak boleh terima hakikat kakaknya dimadukan. Dan dia jugak tak boleh terima saya, anak kepada madunya." Adira ketawa kecil. "Shahir, sebelum datang ke sini, perkara nilah yang selalu saya bayangkan akan terjadi. Bila saya menghadapinya, saya dah tak rasa apa-apa. Shahir jangan bimbangkan saya. Cuma, saya tak mahu terus melukai hati Auntie Mahanum."
     "Lukakan hati mama?"
     "Ya. Auntie Mahanum akan terluka setiap kali menatap wajah saya. Saya, kan anak tiri kakaknya. Tentu dia jugak tak boleh terima saya."
     "Tapi Adira tak bersalah. Mama tak boleh letakkan kesalahan di bahu Adira. Ini kesilapan Ayah Syed."
     "Kesilapan? Ayah saya berkahwin dengan mama merupakan satu kesilapan?"
     "Maafkan saya. Maksud saya, ayah Adira tak berterus-terang. Tak bertanggungjawab sepenuhnya ke atas Adira dan telah melupakan Adira begitu jer. Itu kesilapan yang dilakukannya," ujar Tengku Shahir.
     Adira membuang pandangan ke tempat lain. Tengku Shahir terus merenung wajah putih gadis itu dalam kesamaran malam di kolam renang. Hati lelakinya sedikit terusik apabila melihat wajah lembut Adira yang begitu mendamaikannya.
     Di bilik Tengku Mahanum suasana bungkam masih mengisi ruangnya. Tengku Zawawi baring menelentang, meletakkan tangan ke dahi seperti memikirkan sesuatu. Tengku Mahanum terus diam, selepas dimarahi suaminya. Tiba-tiba Tengku Zawawi bingkas bangun. Tengku Mahanum terkejut.
     "Kalau Ema tau rahsia ni, keadaan akan menjadi semakin teruk," ujar Tengku Zawawi setelah membisu sekian lama. Tengku Zawawi menyarungkan pijamanya dan membaluti seluruh tubuhnya.
     "Ni baru permulaan. Gunung berapi bakal meletup tak lama lagi," ujar Tengku Mahanum menyapukan night cream ke mukanya. Tengku Zawawi bergegas hendak keluar.
     "Abang nak ke mana?"
     "Nak jumpa Shahir dengan Adira," ujar Tengku Zawawi.
     "Untuk apa?"
     "Abang nak mintak Adira tinggalkan Malaysia pagi-pagi besok!"
     "Habis, Abang Syed macam mana?"
     "Abang belum bagitau dia. Kak Engku ada masa tu, abang masih rahsiakan semuanya."
     "Kalau Adira tak mau?"
     "Nilah masalahnya. Abang tengok, budak tu pon degil, macam ayahnya jugak. Tapi abang tak tau macam mana cara nak tunaikan permintaan dia. Kak Engku ada hampir 24 jam dengan Abang Syed. Kalau Kak Engku balik pon, Ema atau Daus mesti ada. Apa abang nak cakap kalau dorang tanya? Ema mesti hairan, takkan Shahir nak bawak kawannya melawat bapa saudaranya? Kak Engku mesti tanya apa hubungan Adira dengan anak kita? Apa abang nak jawab nanti?"
     Tengku Zawawi tidak jadi keluar. Tengku Mahanum menutup semula botol night cream dan bingkas bangun. Tangan suaminya ditarik hingga ke katil.
     "Abang jugak yang cakap walaupun abang marah, abang tak sampai hati nak halau Adira dari rumah ni. Dia dah datang. Dia darah daging keluarga kita. Takkan abang nak halau dia, kan?"
     "Habis apa abang nak buat?"
     "Anum ada cadangan bang. Apa kata kita pakat dengan doktor, pindahkan Abang Syed ke bilik lain dan di situ Adira boleh jumpa ayahnya. Dah jumpa, kita suruh dia balik. Habis cerita!" cadang Tengku Mahanum.
     "Habis, apa alasan doktor kalau Kak Engku tanya. Pindah bilik lain hanya untuk beberapa jam? Tak logik dan tak boleh diterima akal."
     Tengku Mahanum mendengus. Tengku Zawawi bergegas meninggalkan isterinya.

***********************************************************************************

Tengku Shahir menarik tombol pintu bilik Adira sebaik sahaja gadis itu menyelinap masuk. Dia terkejut apabila menoleh ke belakang, Tengku Zawawi sudah pun berdiri merenungnya.
     "Ayah! Shahir hantar Adira ke bilik. Kami dari beranda tadi yah," kelam-kabut Tengku Shahir memberi penjelasan.
     "Ayah nampak. Ayah tau, anak ayah, anak yang baik," ujar Tengku Zawawi sambil tersenyum.
     "Terima kasih yah!" ucap anak muda itu.
     "Ayah nak jumpa Adira...personally," ujar Tengku Zawawi.
     "Go on, sir!" ujar Tengku Shahir dan terus beredar.
     Tengku Zawawi memerhatikan Tengku Shahir hingga ke pintu biliknya. Kemudian Tengku Zawawi mengetuk pintu bilik Adira perlahan-lahan. Hanya beberapa ketika kemudian ia terbuka dan Adira terkejut melihat lelaki itu di depannya.
     "Maafkan uncle, mengganggu Adira," ujar Tengku Zawawi lembut. Adira berasa serba salah. "Adira dah nak tidur ker?" soal Tengku Zawawi.
     Adira menggeleng.
     "Uncle nak cakap sikit dengan Adira," ujar Tengku Zawawi dan melangkah perlahan ke sofa yang menghadap pintu sisipan ke halaman belakang. Adira keluar dan mengekori langkah Tengku Zawawi. Tengku Zawawi mempersilakannya duduk di sofa empuk berwarna biru.
     "Uncle faham perasaan Adira tadi. Uncle mintak maaf," ujar Tengku Zawawi. Dia turut duduk. Kakinya diluruskan sebelum menyingsing sedikit seluar pijamanya.
     Adira tunduk. Hatinya memang terguris. Mengapa haknya sebagai salah seorang ahli keluarga mereka dinafikan? Mengapa dia tidak boleh diterima dalam keluarga itu?
     "Pada dasarnya, kita memang takde apa-apa hubungan Adira!" Tengku Zawawi berterus-terang.
     Adira tersentak.
     "Jangan salah faham Adira." Tengku Zawawi cuba memujuk.
     "Adira dengan uncle memang takde apa-apa pertalian. Tapi Adira dengan Auntie Mahanum, ada pertalian darah. Begitu juga dengan Shahir," beritahu Tengku Zawawi.
     Adira merenung wajah Tengku Zawawi dalam warna kuning samar lampu candeliar. Adira menarik nafas panjang. Kedudukannya memang jelas. Dia bukan orang lain dengan Tengku Zawawi. Tetapi dia ada pertalian darah dengan Tengku Mahanum dan Tengku Shahir.
     "Terima kasih uncle," ucap Adira perlahan.
     "Uncle bukan sengaja nak mengguris hati Adira. Tapi uncle tak mau keluarga Auntie Mahanum, maksud uncle kakaknya tau sape Adira. Belum masanya," ujar Tengku Zawawi.
     Adira mengangguk perlahan. Dia mulai faham mengapa keluarga ini bersandiwara. Dan dia berterima kasih kepada Tengku Zawawi kerana sudi menganggapnya sebagai anak saudara walaupun mereka tiada ikatan.
     "Tapi Adira, permintaan Adira untuk bertemu dengan ayah Adira, uncle belum boleh tunaikan," ujar Tengku Zawawi lagi.
     Hati Adira direntap sayu. Dia ingin sangat menatap wajah lelaki yang bergelar ayahnya. Setelah 20 tahun berpisah, dia memang tidak dapat menggambarkan bagaimana rupa paras ayahnya, Syed Suhaimi. Tidak ada satu gambar pun yang mahu disimpan oleh mamanya. Cheryl memang mahu membunuh lelaki itu dari hati dan mindanya.
     "Uncle bimbang, ayah Adira belum boleh menerima kehadiran Adira sekarang."
     Hati Adira bagaikan ditusuk sembilu. Bagaimanakah seorang ayah tidak boleh menerima kehadiran seorang anak kandung?
     "Kalau boleh saya nak tengok ayah, dari jauh pon takpe. Hati saya puas," Adira merayu.
     "Dalam waktu terdekat ni mungkin tak boleh. Ayah Adira masih dalam rawatan rapi. Mungkin seminggu dua lagi," ujar Tengku Zawawi.
     "Tapi mama mintak saya balik cepat uncle. Mama kata, tak elok saya lama-lama di sini."
     Tengku Zawawi menatap wajah Adira dengan simpati. Kasihan anak ini. Dari jauh dia datang. Mestikah hasratnya dihalang?
     "Uncle akan cuba Adira. Sementara tu, kalau sape-sape bertanya, katakan yang Adira kawan Shahir sewaktu di US dulu," ujar Tengku Zawawi dan berlalu meninggalkan Adira keseorangan.
     Sekali lagi gurisan di hati Adira menjadi lebar. Kesedihannya kian bercambah. Dia ingin menangis. Tetapi dia sudah berjanji kepada dirinya, dia akan menghadapi apa sahaja yang akan berlaku apabila dia berada di Malaysia. Tanpa duka dan air mata. Dia termangu sendirian di sofa itu. Adira bagaikan pesalah yang baru menerima hukuman. Segalanya semakin samar dan tidak mengandungi harapan. Kalau dia tidak dipertemukan dengan ayahnya, apa gunanya dia menunggu lama di rumah ini? Adira merenung jauh ke depan. Pandangannya kosong dan berbinar. Sehinggalah teguran lembut Tengku Shahir menyentak lamunannya, memanggilnya beberapa kali.
     "Adira, Adira are you okay?"
     Adira tersentak apabila suara Tengku Shahir hampir ke cuping telinganya. Pipinya hampir menyentuh hidung mancung Tengku Shahir ketika dia menoleh kerana agak terkejut. Jantungnya bergedup sangat kencang melihat wajah Tengku Shahir sangat hampir ke wajahnya. Apatah lagi dia terkaku mendengar suara lembut Tengku Shahir yang bisa mencairkan hati wanitanya.
     "Shahir, saya nak balik ke London," Adira bingkas berdiri. Wajahnya kemerah-merahan.
     "Tapi kenapa? Adira belum jumpa Ayah Syed lagi!"
     Adira menggeleng.
     "Tak mungkin Shahir, bukan mudah, kan?" soal Adira pula.
     "Adira kena bersabar. Ayah takkan biarkan Adira menunggu."
     "Soalnya, saya tak diterima oleh keluarga Shahir. Saya bersendirian di sini."
     "Saya ada, Adira. Adira bukan orang lain, saudara saya jugak. Saya akan bantu Adira mana yang terdaya." ucap Tengku Shahir bersungguh-sungguh.
     Senyuman nipis Adira terukir di bibir. Entah kenapa selepas mendengar niat ikhlas Tengku Shahir terhadapnya, di hatinya lahir satu perasaan yang sukar untuk diungkap dengan kata-kata. Tetapi yang pasti, dia berasa bahagia dan gembira setiap kali berada di samping pemuda itu. Sejalur harapan merentang di hadapannya. Tetapi mestikah dia bergantung kepada harapan yang sedikit itu? Adira kembali menggelengkan kepalanya.
     "Saya tak mau menyusahkan Shahir!" Adira melangkah perlahan ke bilik. Tengku Shahir hanya memerhatikannya. Dia tidak berdaya menghalang. Tetapi dia akan kecewa kalau Adira pulang sebelum berjumpa ayahnya.

***********************************************************************************

Sharifah Erma menghempaskan tubuhnya ke katil sebaik sahaja masuk ke bilik. Dia merenung siling yang berukir bunga-bungaan. Hatinya terus didera bimbang. Wajah Adira dan Tengku Shahir saling berganti. Apakah hubungan kedua-duanya? Adakah Tengku Shahir dan Adira saling menyintai? Tak mungkin sekadar kawan biasa. Mungkin lebih dari itu. Sharifah Erma menjadi tidak tentu arah. Kalau itulah yang berlaku, bermakna hatinya akan kecewa. Tengku Shahir sudah lama merajai hatinya. Sepupunya itu semakin dekat di hatinya sejak akhir-akhir ini. Namun setelah Tengku Shahir menyertai AZ-L Corporation beberapa bulan yang lalu, dia mula sibuk dan jarang mereka dapat bersama. Sharifah Erma berasa dirinya tidak diperlukan.
     ZM Holdings banyak berhubung dengan AZ-L Corporation dalam beberapa projek kejuruteraan dan jurutera muda itu bagaikan air dingin menyimbah hatinya yang kegersangan.
     "Ema, kalau saya nak cari isteri, tak mau cari macam Ema ni." Tengku Shahir pernah bergurau dengannya ketika Sharifah Erma menghantarnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali ke US.
     "Kenapa? I garang sangat ker?" Sharifah Erma menjegilkan mata.
     "Tak! Cuma saya tak mau kalah dengan seorang wanita!" ujar Tengku Shahir sambil ketawa.
     Sharifah Erma cepat terpikat dengan barisan giginya yang putih tersusun dan senyuman manisnya yang diwarisi dari Tengku Mahanum. Cintanya kepada Tengku Shahir semakin menggunung.
     "Okey, I nak pastikan kalau you tak kahwin dengan I pon, sekurang-kurangnya you kahwin dengan wanita yang lebih garang dari I." Sharifah Erma mencabar.
     Tengku Shahir ketawa lagi. Sharifah Erma menekan minyak dan Tengku Shahir terpaksa memegang tangan Sharifah Erma, merayu supaya larian kereta BMW itu diperlahankan.
     "Kenapa? You takut?" soal Sharifah Erma menduga. Dia bagaikan terkena kejutan elektrik apabila Tengku Shahir tiba-tiba memegang tangannya. Hatinya menguntum senyum.
     "Saya tak mau mati muda. Saya belum puas hidup!" ujar Tengku Shahir. Mereka berdua sama-sama ketawa.
     Sharifah Erma menarik nafas panjang. Ah Shahir, mungkinkah aku memang tidak dapat memilikimu? Sharifah Erma memejamkan mata sekali lagi. Bayangan wajah Adira pula menerpa. Gadis itu kelihatan sedang bersedih. Tidak banyak bercakap dan seperti seorang penyerah. Gadis begitukah yang diinginkan oleh Tengku Shahir?
     Tetapi wajah Adira manis dan penuh dengan kelembutan, bisik hatinya. Mana-mana lelaki yang menatap wajahnya, pasti akan jatuh hati dengan kecantikannya. Bermakna Tengku Shahir? Sharifah Erma tidak dapat meneruskan kata-katanya. Kalau benar, maka Tengku Shahir pasti sudah menemui idaman hatinya. Dan aku? Bertahun-tahun menanti, patutkah hanya kekecewaan yang aku temui? Sharifah Erma menahan air matanya dari menyerbu keluar. Dia tidak mahu menangis. Belum pasti Tengku Shahir dan Adira bercinta. Lagipun tak semudah itu keluarga Tengku Zawawi menyetujui pilihan anaknya. Tengku Zawawi pasti mengutamakan keluarga sendiri. Bagaimana mungkin dia menerima Adira, gadis Inggeris yang tidak pasti asal usulnya itu?
     Sharifah Erma memujuk hati. Semangatnya kembali pulih. Berkali-kali hatinya memujuk bahawa Adira dan Tengku Shahir hanya kawan biasa.

                                                                 ~BERSAMBUNG~

Wednesday, November 24, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 6

     "Shahir panggilkan Adira turun, ma," ujar Tengku Shahir kepada Tengku Mahanum apabila dia tidak nampak kelibat Adira di meja makan.
     Sudah tentu Adira masih berada di dalam bilik. Tengku Shahir berlari menaiki anak tangga. Tengku Zawawi dan Tengku Mahanum berpandangan. Orang gaji sedang menyenduk nasi ke dalam pinggan. Tengku Mahanum menarik nafas panjang. Wajahnya terus berubah.
     "Awak tak panggil Adira turun makan?" Tengku Mahanum merenung orang gajinya.
     "Sudah Engku, saya dah panggil," ujar orang gajinya dengan penuh hormat. Tengku Mahanum menjeling suaminya. Tengku Zawawi nampak selamba tetapi fikirannya menerawang ke perkara lain.
     "One thing about Shahir," ujar Tengku Zawawi sambil menyenduk gulai. "Dia ambil berat sangat pasal Adira," ujarnya lagi sambil mengunyah suapan pertamanya.
     "Maksud abang?"
     Tengku Zawawi menelan nasinya dan kemudian meneguk air kosong di sebelah kiri.
     "Mungkin dia..."
     "Bercinta dengan Adira lepas pertemuan di Venice tu, dan kita tak tahu percintaan tu dah berlangsung selama 5 tahun?"
     Tengku Zawawi mengangkat bahu.
     "Balik-balik itu yang Anum ungkitkan. Kan Shahir sendiri dah berterus-terang. Dia hantar telegram sebab nak bagitau Adira, ayahnya sakit!"
     Tengku Mahanum tersenyum pahit.
     "Boleh percaya ker cakap anak abang tu?"
     "Abang percaya," akui Tengku Zawawi.
     Tengku Shahir sangat rapat dengan ayahnya. Tak mungkin dia dapat menyembunyikan percintaan itu selama 5 tahun tanpa tersasul menyebut nama Adira sekalipun. Tengku Shahir bukan sahaja anak tetapi kawan yang rajin berbincang. Apatah lagi, kepetahan Tengku Zawawi banyak diwarisinya. Mana mungkin Tengku Shahir mahu berahsia dengannya.
     "Lagipon, kata Shahir dia teringat Adira, waktu dia melawat Abang Syed 2 minggu lepas. Abang Syed macam nak tanya kita pasal Adira. Tapi Kak Engku ada, jadi dia tak berani agaknya," ujar Tengku Zawawi. Tengku Mahanum menghentikan kunyahannya.
     Hentakan perlahan di lantai tingkat atas, membuatkan kedua-duanya menoleh ke tangga berkisi besi keemasan. Tengku Shahir mengiringi Adira turun. Mata gadis itu bengkak kesan tidur yang banyak. Tengku Zawawi menghulurkan senyuman nipis kepada anak gadis itu. Wajah Syed Suhaimi segera terbayang di wajah putih Adira. Gadis itu tidak mewarisi sedikit pun wajah ayahnya. Hidung, mata dan bibir lebih menyerupai Cheryl. Tetapi redup matanya yang dalam, seperti mata Syed Suhaimi apabila dia serius berfikir.
     "Maaf uncle, auntie, saya tertidur."
     "Biasalah, pertukaran cuaca membuatkan orang mudah mengantuk," ujar Tengku Zawawi.
     Tengku Shahir menarik kerusi untuk Adira. Dan Adira serba salah duduk bertentang betul dengan Tengku Mahanum.
     "Mungkin Adira tak suka pedas. Uncle akan suruh dorang buatkan steak untuk Adira," ujar Tengku Zawawi. Adira menggeleng.
     "Takpe uncle, saya biasa dengan sambal tumis dan sambal belacan. Di London, semua makanan ada di sana," ujar Adira yang mula merasai kemesraan Tengku Zawawi.
     "Memang dia patut belajar makan masakan Melayu, itupun kalau dia nak mengaku asal usulnya orang Melayu," ujar Tengku Mahanum.
     Hati Adira semakin terguris dan pedih. Bilakah agaknya kemarahan Tengku Mahanum akan padam? Tengku Zawawi dan Tengku Mahanum sekali lagi berpandangan. Tengku Shahir tidak menghiraukan ayah dan mamanya. Dia melayani Adira dan menyenduk bermacam-macam lauk ke dalam pinggan Adira. Adira mengukir senyuman manis pada Tengku Shahir.
     Tengku Zawawi menghulurkan sudu dan garfu kepada Adira tetapi ditolaknya. Dia mahu makan dengan menggunakan tangan. Namun jelingan Tengku Mahanum, menunjukkan dia tidak suka dengan apa yang dilihatnya. Tengku Zawawi mencemikkan bibir. Tengku Mahanum semakin geram apabila Tengku Shahir melayani gadis itu berlebihan.
     "So Adira, berapa lama Adira akan tinggal di sini. Maksud uncle berada di Malaysia?"
     "Kalau saya dapat jumpa Syed Suhaimi harini, pagi-pagi besok saya akan balik London uncle," ujar Adira hiba. Tengku Mahanum menjeling.
     "Hey, tu ayah awak tau. Awak kena panggil dia ayah atau papa. Ni bukan negara orang putih, mak bapak boleh panggil nama jer!" Tengku Mahanum membentak apabila mendengar Adira memanggil ayahnya dengan nama. Adira terkejut. Tengku Shahir dan Tengku Zawawi berpandangan.
     "Maaf auntie," ujar Adira lembut.
     "Awak ni, budak tu tak biasa dengan Abang Syed, macam mana nak panggil ayah?" bisik Tengku Zawawi separuh marah.
     "Kurang ajarlah namanya tu," balas Tengku Mahanum.
     Adira tersentak, walaupun dia kurang memahami erti 'kurang ajar' itu. Adira teringin sangat hendak bertemu dengan ayahnya. Kalau beginilah layanan yang diterima dari keluarga ini, ia adalah sesuatu yang mustahil dapat dilaksanakan dalam waktu terdekat ini.
     "Kita bawak Adira jumpa ayahnya esok, ma!" tingkah Tengku Shahir memberi cadangan.
     Tengku Zawawi mengetap bibirnya. Tengku Mahanum meletakkan sudu dan garfunya. Matanya terus merenung Tengku Zawawi. Minta jawapan daripada soalan Tengku Shahir.
     "Ayah Adira belum boleh terima pelawat," ujar Tengku Zawawi membohongi anaknya.
     "Tapi, dia ayah saya uncle," ujar Adira meminta simpati.
     Tengku Zawawi hanya mengangguk.
     "Uncle rasa, elok kalau ayah Adira tidak diganggu buat masa ni," jawapan Tengku Zawawi melegakan Tengku Mahanum. Dia sendiri tidak mampu membayangkan bagaimana reaksi abang iparnya apabila tiba-tiba dikunjungi oleh anak yang sudah terpisah sekian lama.
     "Saya nak balik cepat uncle. Mama pesan, dapat jer jumpa ayah, terus balik London," rayu Adira lagi.
     Tengku Mahanum mendengus perlahan. Adira mula menunjukkan kedegilannya. Pasti macam Cheryl juga, gerutu hatinya.
     "Nanti uncle tanyakan doktor," Akhirnya jawapan Tengku Zawawi meredakan sedikit perasaan Adira yang tertekan.
     Tengku Mahanum menjeling Adira. Dia mencapai gelas minumannya. Adira terasa, Tengku Mahanum tak mungkin dapat menerimanya. Dia gagal menelan makanan dalam mulutnya. Mengunyah berkali-kali tetapi terasa tersekat di kerongkong pula. Tengku Shahir memerhatikan Adira dengan simpati. Memang mamanya sudah melampau. Kasihan Adira, dia tidak seharusnya menerima kemarahan dari mamanya.

***********************************************************************************

     BMW merah dengan lambang khas di sisi nombor platnya, berhenti di depan banglo Tengku Zawawi. Sharifah Erma keluar sambil membimbit sebuah beg plastik berisi makanan. Loceng pintu ditekan beberapa kali. Orang gaji segera menjenguk dan menekan punat controller pintu pagar. Sharifah Erma tidak berpatah semula ke kereta sebaliknya melangkah pantas menuju ke banglo besar itu.
     "Cik Erma datang tuan," ujar orang gaji Tengku Zawawi dengan hormat. Adira yang baru saja mengeringkan tangannya segera memandang ke pintu.
     Seorang gadis yang tinggi dan langsing, berkulit putih melemparkan senyuman ke arah keluarga itu. Tetapi senyumannya mati apabila gadis itu menatap Adira.
     "Mak Engku ada tetamu nampaknya," ujar Sharifah Erma sambil mencium pipi ibu saudaranya.
     "Kawan Shahir dari London," ujar Tengku Zawawi spontan. Berdetak hati Adira. Penafian yang dibuat tentang status dirinya dalam keluarga itu oleh Tengku Zawawi.
     Sharifah Erma menghulur tangan dengan gaya mesra yang dibuat-buat kepada Adira. Adira bangun dan menyambut salam.
     "Erma."
     "Erma ni sepupu Shahir," ujar Tengku Zawawi. Cepat-cepat dia memintas. Menghalang Sharifah Erma daripada menyebut nama penuhnya.
     Adira duduk dengan perasaan yang gementar. Tengku Shahir tergamam ketika ayahnya memperkenalkan Adira sebagai kawannya. Tengku Mahanum jadi serba salah. Lebih-lebih lagi apabila Sharifah Erma sengaja meletakkan tangan di bahu Tengku Shahir dan mendekatkan mulutnya ke telinga anak muda itu.
     "Why don't you tell me...yang you ada kawan secantik bidadari, hah? Pandai cakap Melayu, pandai pulak makan sambal belacan," ujar Sharifah Erma sambil senyum melirik. Adira rasa serba salah. Tubuhnya sejuk dan kaku.
     "Ema dari mana tadi ni?" Tengku Mahanum cuba meredakan suasana.
     "Ambilkan pinggan Ema, kita makan sekali Ema," pelawa Tengku Zawawi pula.
     Sharifah Erma tersenyum sambil melepaskan pautannya di bahu Tengku Shahir.
     "Calon menantu ker Ayah Engku?" soal Sharifah Erma selamba, penuh cemburu dan curiga.
     Tengku Zawawi mengangkat bahu.
     "Kawan sekampus agaknya, ya Shahir, sama-sama belajar di US dulu?" soal Tengku Zawawi, mahu meyakinkan Sharifah Erma.
     Tengku Shahir hanya mengangguk. Adira tidak tahan dengan sandiwara itu. Dia seperti hendak menjerit benci dengan kepura-puraan yang sedang dilaluinya. Memang dunia akan meletup kalau Sharifah Erma tahu siapa dia. Tetapi, apa salah dia untuk dinafikan haknya sebagai anak Syed Suhaimi?
     "Sorry Ayah Engku, Mak Engku. Ema tak tau you all dah makan. Ema ada beli makanan kegemaran Shahir. Kalau masih ada selera, jamahlah," ujar Sharifah Erma mencapai beg plastik di atas meja. Orang gaji segera mengambilnya dan membawanya ke dapur.
     "Anyway, hmm...sape namanya tadi?"
     "Adira," ujar Tengku Zawawi pantas.
     "Adira Adzhar? Adira Khalid? Adira Ahmad?"
     "Adira Safuan!" tambah Tengku Zawawi lagi.
     "Wow! Anak Safuan Ilham! Tak kisahlah. Hmm...Adira tentu suka makan masakan Jepun. Selalunya orang Inggeris, suka makanan yang tak pedas. Tapi Adira suka pulak makan kari dan sambal belacan. Tak mengejutkan...di London pon ramai orang Melayu. Restoran makanan Melayu pon banyak, so orang putih pon dah kenal belacan anyway," ujar Sharifah Erma dengan bahasa yang bercampur-campur.
     Sebenarnya, Sharifah Erma juga sedang menahan gelodak jiwanya. Dia berasa begitu cemburu melihat kecantikan Adira.
     "Tapi, lidah orang putih tak sama macam lidah orang Melayu. Lidah orang Melayu tak terbakar, maksud Ema orang Melayu dah biasa makan belacan, kan Ayah Engku, Mak Engku."
     "Lidah orang putih pon susah nak terbakar. Kalau tak dah lama terbakar kalau minum champagne, brandi," celah Tengku Mahanum pula.
     Adira berasa terkejut.
     "Maaf auntie, saya tak minum tu semua." Adira mula berani mempertahankan diri.
     "Ya?" Sharifah Erma pura-pura terkejut. "Hmm...baguslah! Kat mana belajar cakap Melayu?"
     "Universiti dan kawan-kawan sekampus dari Malaysia, Singapura dan Indonesia," ujar Adira perlahan.
     "Ye tak ye jugak! Bahasa Melayu sekarang ni macam dah jadi bahasa kedua kat mana-mana. Hampir semua universiti di dunia ada fakulti bahasa Melayunya sendiri malah orang Australia misalnya ramai yang berminat belajar bahasa Melayu."
     Sharifah Erma terus mencapai gelas air Tengku Mahanum lalu meminumnya. Dia sekadar mahu menghilangkan rasa gugup dan cemburu. Tengku Zawawi faham perasaan anak saudaranya. Dia mencapai gelas kosong dan menuangkan air untuk Sharifah Erma.
     "Eh, Ema minum air sape tadi ni? Sorry!" ujar Sharifah Erma sambil ketawa. "Mak Engku tau, satu persidangan bahasa Melayu dibuat di Afrika baru-baru ni. Banyak negara hantar wakil. Semua pandai cakap Melayu. Tengok, betapa hebatnya bahasa Melayu," ujar Sharifah Erma beria-ia. Mulutnya seperti gagal dikawal daripada menuturkan kata-kata. Sharifah Erma hendak mencapai gelas Tengku Mahanum semula, tetapi Tengku Zawawi menolakkan gelas minuman untuk Sharifah Erma kepada Tengku Mahanum. Tengku Zawawi memberi isyarat supaya Tengku Mahanum menghulurkan kepada Sharifah Erma.
     "Eh, Ema minum air Mak Engku lagi ker?" soal Sharifah Erma, terkejut menerima gelas dari Tengku Mahanum.
     Adira masih kaku di sebelahnya. Begitu juga Tengku Shahir. Tengku Shahir mengharapkan agar Sharifah Erma cepat-cepat meninggalkan rumah mereka. Lebih lama Sharifah Erma di sini, mungkin lebih cepat rahsia akan terbongkar.
     Orang gaji datang membawa beberapa pinggan berisi makanan. Sharifah Erma tidak menunggu lama. Dia mencapai garfu dan terus mencucuk sotong yang bersalut sos dan mengunyahnya. Kemudian mencucuk lagi dan lagi. Tengku Zawawi faham gelodak jiwa anak saudaranya itu.
     "Shahir, agaknya Adira nak berehat. Bawak dia ke beranda depan," perintah Tengku Zawawi.
     Tengku Mahanum menangkap tangan Sharifah Erma yang hendak mencucuk lagi sebaik sahaja Tengku Shahir dan Adira pergi.
     "Ema yang Mak Engku kenal, bukan macam ni tau. Ema yang Mak Engku kenal, seorang gadis sopan dan tertib. Lembut dan santun," ujar Tengku Mahanum.
     Sharifah Erma buat-buat ketawa dan meneguk minumannya.
     "Mak Engku, Ema tak apa-apa!" ujarnya masih cuba ketawa.
     "Ema, Adira hanya kawan Shahir. Percayalah," ujar Tengku Zawawi.
     Sharifah Erma terus ketawa. "Ayah Engku, don't get me wrong, okay?"
     Tengku Zawawi merenung Tengku Mahanum. Mungkinkah anak saudaranya ini juga ada hati dengan anaknya?
     "Ayah Engku ingat, Ema mesti cemburukan Shahir. Tapi, tanda tanya Ema selama 2 3 bulan ni, dah terjawab," ujar Sharifah Erma selamba.
     "Tanda tanya apa pulak Ema?"
     "Mak Engku tau, Shahir dah tak macam dulu. Dia macam nak jauhkan diri dari Ema. Hmm...rupa-rupanya, dia dah ada orang lain. Apa Shahir ingat Ema marah ker dia nak bercinta? Kami bukan bercinta, kan Ayah Engku? So, kenapa Shahir buat Ema macam ni? Dia tak ikhlas, kenapa tak terus terang yang dia dah ada kekasih. We're cousin anyway, tak boleh ker baik macam dulu?"
     Tengku Zawawi dan Tengku Mahanum terkejut. Tengku Shahir berubah sejak 3 bulan yang sudah? Maknanya memang Tengku Shahir sudah lama menghubungi Adira dan merahsiakan segala-galanya dari pengetahuan mereka?

***********************************************************************************

     "Anak awak dah pandai menipu kita," ujar Tengku Mahanum apabila mereka masuk ke bilik pada malam itu. "Betul tak tekaan saya? Shahir dah bercinta lama dengan Adira."
     "Sudahlah Anum, awak nak dengar cakap anak kita atau nak ikutkan kata hati awak jer? Abang tengok awak ni pon dah melampau, berlebih-lebih menyakitkan hati Adira. Awak tak hormati dia sebagai tetamu di rumah ni!"
     Tengku Mahanum terkedu. Dia tidak menyangka suaminya menyebelahi Tengku Shahir dan Adira dalam perkara itu. Apa istimewanya sangat Adira, sampai suami sendiri turut berani mengkritiknya begitu?

                                                              ~BERSAMBUNG~

Monday, November 22, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 5

     Tengku Habibah memberhentikan kereta betul-betul di depan pintu masuk Hospital Selayang. Mercedes hitam berkilat menarik perhatian orang yang lalu lalang di situ. Semenjak pemandu keluarganya bersara, Tengku Habibah tidak berhasrat mencari yang lain. Dia mahu melakukannya sendiri. Tengku Habibah melangkah pantas menuju ke lif. Ucapan selamat pagi yang dituturkan oleh para petugas kaunter pertanyaan, tidak dijawabnya. Sambil menunggu pintu lif terbuka, dia membetul-betulkan rambut kemerahannya. Bibir mengetap geram kerana agak lambat pintu lif terbuka. Hendak menaiki tangga ke tingkat 2, pasti sukar kerana pagi itu dia menyarung kasut tumit tinggi berwarna biru.
     "Hmm...apa punya lif," rungut Tengku Habibah sambil mencapai tisu dari dalam beg tangan. Peluh yang memercik di dahi dikesat berkali-kali. Hanya beberapa ketika selepas itu lif terbuka. Beberapa orang petugas keluar dari lif sambil menolak pakaian kotor para pesakit. Tengku Habibah menekup hidung.
     Kakinya melangkah terus ke perut lif. Beberapa saat kemudian lif berhenti di tingkat 2. Tengku Habibah meluru pantas ke lorong sebelah kiri yang membawanya ke bilik VIP di mana Syed Suhaimi ditempatkan. Dia terus menolak pintu tanpa mengetuknya terlebih dahulu.
     Syed Suhaimi meletakkan akhbar yang sedang ditatapnya sebaik sahaja pintu biliknya dibuka. Dia tersenyum melihat wajah isterinya.
     "Cantik harini," puji Syed Suhaimi sebaik sahaja melihat rambut kemerahan isterinya didandan rapi. Batu-batu permata yang menghiasi lengan dan bahagian leher baju kurung Tengku Habibah menampilkan gaya mewah wanita itu.
     "Nak pergi function ke?" soal Syed Suhaimi.
     Tengku Habibah meletakkan beg tangan di laci sisi katil Syed Suhaimi.
     "Function apa...meeting dengan board, tak habis-habis masalah shipping tu," ujar Tengku Habibah sambil merungut.
     Syed Suhaimi menarik nafas panjang. Dia juga tergugah dengan masalah yang sedang melanda syarikatnya.
     "Dari dulu Bibah dah cakap. Kan elok kalau abang ambil alih syarikat perkapalan tu. Tak payah kita bayar tinggi pada dorang tu," gumam Tengku Habibah. Syed Suhaimi merenung wajah isterinya.
     "Mana boleh buat macam tu, bukan kita sorang jer pemegang saham syarikat tu. Yang lain-lain tak mau lepaskan pegangan dorang, macam mana kita nak ambil alih?" beritahu Syed Suhaimi.
     Tengku Habibah mendengus. Syed Suhaimi cuba meluruskan kakinya.
     "Bila abang boleh keluar?" soal isterinya lagi. "Bibah penat uruskan semua tu." Tengku Habibah seperti mengadu.
     "Kalau abang sihat, mesti doktor dah benarkan abang keluar," ujar Syed Suhaimi cuba meluruskan kedua-dua belah kakinya serentak. Tetapi kesakitan di dada dan perut terasa menyucuk. Syed Suhaimi memejamkan mata.
     "Bibah ingat nak suruh Daus bantu."
     Syed Suhaimi mengangkat keningnya. Tengku Habibah perasan perubahan wajah suaminya. Dan dia maklum kalau Syed Suhaimi akan membantah cadangannya.
     "Ema kan ada?"
     "Ema? Abang bukan tak tau. Ema tu banyak sangat projek dia nak kendalikan." Tengku Habibah menjeling. "Dan abang pulak, kalau dengar nama Daus jer, terus alergik. Bibah taulah dia tu anak tiri abang." Tengku Habibah seperti merajuk.
     "Bibah, abang tak pernah bezakan anak tiri dengan anak kandung tau! Daus pon dah sibuk dengan urusannya, kalau kita tambah beban dia, macam mana dia nak majukan syarikatnya?"
     "Alah, syarikatnya bukan besar sangat! Dia mampu untuk bantu kita." Tengku Habibah tidak mahu mengalah.
     "Sehari dua ni, kalau abang sihat doktor akan benarkan abang keluar. Nanti kita bincangkan lagi perkara ni," ujar Syed Suhaimi sambil memberi isyarat supaya Tengku Habibah duduk di sisinya.
     Tengku Habibah melangkah malas ke katil suaminya. Syed Suhaimi memegang tangan isterinya. Tengku Habibah berasa kurang selesa.
     "Hai, romantik nampak," perli Tengku Habibah.
     "Takleh ker abang romantik dengan Bibah?"
     "Boleh! Tapi taklah atas katil macam ni," ujar Tengku Habibah menarik lembut tangannya. Sorot mata suaminya yang semakin cengkung menikam ke dalam matanya. Tengku Habibah risau melihat keadaan suaminya.
     "Abang rindukan Bibah!" ujar Syed Suhaimi, cuba menarik tangan Tengku Habibah dan melekapkan ke dadanya.
     "Ha, kalau rindu, rajin-rajin makan ubat. Cepat sembuh pastu boleh balik rumah," ujar Tengku Habibah menjeling manja ke arah suaminya.
     Syed Suhaimi hanya tersenyum. Memang dia rindu untuk pulang ke rumah. Walaupun rumah itu bukanlah sepenuhnya tempat dia menghabiskan masa tetapi ia adalah lebih baik daripada berada di hospital sepanjang hari.
     "Apa doktor kata?"
     "Biasalah. Jangan bimbang...jangan bimbang...so, abang tak bimbanglah!" ujar Syed Suhaimi tersenyum.
     "Bibah nak abang balik cepat," ujar Tengku Habibah pula.
     "Abang lagi nak balik cepat!" ujar Syed Suhaimi.
     Tiba-tiba Tengku Habibah melentokkan kepalanya ke dada Syed Suhaimi. Dia juga rindukan belaian manja suaminya. Hampir 2 bulan Syed Suhaimi berada di hospital. Dan 2 bulan itulah, Tengku Habibah melalui malam dengan penuh kesepian. Sesekali tidur di wad bersama suami, dia hanya boleh pegang tangan dan melentokkan kepalanya di sisi katil.
     Tengku Habibah akan terjaga apabila Syed Suhaimi meraba keningnya dan bersimpati kerana dia terpaksa tidur begitu sepanjang malam.
     Tiba-tiba pintu bilik VIP ditolak. Kedua-duanya tersentak.
     "Ku Wi, nasib baik abang dah buat by-pass tau, kalau tak, tak taulah apa nak jadi," ujar Syed Suhaimi, tersenyum memandang adik iparnya.
     Tengku Zawawi bersalaman dengan Tengku Habibah dan mencium tangan kakak iparnya. Tengku Habibah beralih tempat duduk. Dia duduk di sofa, bersandar memerhatikan suami dan adik iparnya saling bergurau.
     "Tak sangka, Abang Syed masih romantik macam dulu," gurau Tengku Zawawi sambil bersalam erat dengan birasnya.
     "Macam mana tak romantik, kakak you tu yang ajar abang jadi romantik. I'm not too old anyway!" ujar Syed Suhaimi sambil ketawa dan meraba wajahnya yang kelihatan pucat. Namun ketawanya tidak panjang. Dia berasa kesakitan menyucuk dadanya.
     "Take it easy Abang Syed, luka tu belum sembuh lagi," ujar Tengku Zawawi sambil mengusap dada birasnya.
     Tengku Habibah bingkas bangun apabila melihat batuk suaminya semakin menjadi-jadi. Dia mencapai corong oksigen, hendak menekupkan ke hidung suaminya. Syed Suhaimi menepis lembut.
     "Takpe, abang okey," ujar Syed Suhaimi turut menepis lembut tangan Tengku Zawawi yang cuba mengusap dadanya. Tengku Habibah menghulurkan segelas air sejuk.
     "Abang Syed perlu rehat Ku Wi," ujar Tengku Habibah membantu suaminya duduk.
     "Takpe, it's okay. Asyik tidur duduk saja pon bosan jugak," ujar Syed Suhaimi cuba bersandar pada bantalnya. Tengku Zawawi cepat membantu. "Bagitau macam mana dengan bisnes kita," ujar Syed Suhaimi apabila batuk dan kesakitannya reda.
     Tengku Zawawi memaksa senyuman untuk Syed Suhaimi. Kalau tadi, dia seperti hendak memberitahu Syed Suhaimi kehadiran Adira di rumahnya, tetapi hasratnya tersekat sebaik sahaja terpandang Tengku Habibah. Selebihnya, keadaan Syed Suhaimi sendiri yang begitu uzur, Tengku Zawawi terpaksa merahsiakan kehadiran gadis berambut perang itu. Tengku Zawawi teragak-agak untuk bersuara. Apa yang harus diberitahu tentang perniagaan keluarga mereka? Segalanya berjalan lancar. Tengku Habibah tidak kurang tangkasnya mengendalikan perniagaan perkapalan mereka. Tengku Firdaus, anak tiri Syed Suhaimi juga tidak kurang handal berurus niaga dengan pelanggan. Sharifah Erma? Kadang-kadang Tengku Zawawi sendiri akur dengan kebijaksanaan anak saudaranya itu mengendalikan pelbagai pelaburan mereka di luar negara. Malah dalam banyak hal, Sharifah Erma mengatasi abangnya sehingga keduanya sering bertingkah dan adakalanya tidak bertegur sapa kerana pertengkaran urus niaga.
     "Kenapa Ku Wi, ada masalah ker?" soal Syed Suhaimi melihat birasnya membisu.
     "Takde apa-apa, semua okey." Tengku Zawawi menjawab gugup. "Cuma, saya suka kalau Abang Syed dapat balik cepat ke pejabat. Sunyi kalau Abang Syed takde," ujar Tengku Zawawi melindungi perasaannya.
     "Shahir, kan dah tolong Ema dalam AZ-L Corporation?"
     "Shahir tu tak tau apa-apa bang. Habis belajar bukan nak terus balik Malaysia, enjoy dulu kat Eropah. Kalau dia balik awal, lebih awal saya dapat latih dia."
     "Itupun dah bagus Ku Wi. Shahir nak jugak sertai kita. Abang nampak dia memang berbakat besar, macam you jugak," pujuk Syed Suhaimi.
     "Soal bakat-bakat ni, semuanya menurun dari ibu saudaranya ni," ujar Tengku Habibah, tidak mahu mengalah.
     "Dengan Kak Engku, memang saya angkat tangan. Abang Syed pon angkat tangan jugak kan?" ujar Tengku Zawawi sambil mengenyit mata ke arah Syed Suhaimi. Dalam banyak hal, Tengku Habibah memang susah hendak mengalah. Dan Tengku Zawawi sendiri mengakui kakak iparnya memang berhak berasa begitu. Kerana sebahagian besar perniagaannya bersandar kepada kepakaran kakaknya membina hubungan dengan syarikat-syarikat gergasi di dalam dan luar negara. Dia cekal, berani dan akan lakukan apa sahaja untuk capai impiannya. Tetapi cekalkah dia untuk mengetahui bahawa ada wanita lain di hati suaminya?
     "Korang berdua ni, sajelah nak membodek. Ni jenis tak makan bodek tau," ujar Tengku Habibah menjeling. Tengku Zawawi dan Syed Suhaimi ketawa. Tengku Habibah turut tersenyum.
     "Ku Wi, Kak Engku rasa nak lepaskan syarikat. Ku Wi boleh tolong ambil alih kan?" Tengku Habibah mengharap. Tengku Zawawi terkejut.
     "ZM Holdings pon saya tak larat Kak Engku. Kalau AZ-L Corporation saya kendalikan, matilah saya."
     "Jangan macam tu bukan apa tolong monitor jer. Ku Wi jadi pengerusi sementara. Gantikan Abang Syed. Kak Engku dah tak larat. Lagipun Kak Engku nak temankan Abang Syed kat sini," ujar Tengku Habibah mengharap bantuan Tengku Zawawi. Lelaki berusia 50 tahun itu tersenyum.
     "Kak Engku serius ker?"
     "Kak Engku tak pernah main-main dalam soal bisnes. Kita buat sama-sama. Lagipun Ku Wi ada saham dalam AZ-L Corporation, Abang Syed pon ada saham dalam ZM Holdings, kita buat sama-sama."
     "Maksud Kak Engku kita bergabung?"
     "Abang ingat pon macam tu Ku Wi. Kalau bank-bank kat Malaysia ni banyak yang dah bergabung, apa salahnya kita gabungkan syarikat kita? Lagipun syarikat kita syarikat keluarga, tak jadi masalah, kan?" ujar Syed Suhaimi pula.
     "Saya tak kisah Abang Syed. Tapi Daus dengan Ema macam mana?"
     "Kak Engku boleh bagitau Ema dengan Daus. Dorang takkan tolak."
     "Kalau Daus setuju, gabungkan jugak syarikat Daus di bawah AZ-L Corporation atau ZM Holdings," cadang Syed Suhaimi.
     Tengku Zawawi mengangguk. Tetapi wajah Tengku Habibah berubah. Mungkin tidak semudah itu Tengku Firdaus setuju dengan cadangan suaminya.

                                                              ~BERSAMBUNG~

Sunday, November 21, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 4

     Di bilik tidur tetamu, Adira melemparkan pandangan ke luar tingkap. Dari situ, dia lihat sebuah kolam renang yang terbentang luas. Permukaannya beralun kecil membentuk garisan yang berlari ke tebing setiap kali angin datang menampar. Angin petang terasa menyegarkan.
     Berada di rumah yang asing ini, semuanya seakan sunyi dan membosankan. Tengku Mahanum baru sahaja keluar. Tengku Zawawi pula, bergegas ke pejabat selepas sarapan pagi, begitu juga dengan Tengku Shahir yang berjanji akan pulang makan tengah hari. Tetapi sehingga menjelang petang, wajah anak muda itu tidak langsung kelihatan. Hanya orang gaji yang datang mengetuk pintu biliknya dan mengajak dia makan. Adira terpaksa menurut. Mungkin itu antara syarat yang tidak boleh dibantah dan mesti diikuti kalau dia mahu bertemu dengan ayahnya.
     3 orang gaji di rumah itu juga tidak banyak bercakap. Mereka hanya bercakap jika ada hal mustahak atau bertanya Adira jika dia memerlukan sesuatu. Selebihnya, Adira dibiarkan tidur atau berjalan-jalan di tepi kolam renang untuk menghilangkan lenguh badan. Alangkah bosannya dia berada di rumah besar itu. Dengan reaksi penghuninya yang tidak menyukainya kecuali Tengku Shahir, Adira begitu terasa sendirian.
     Kalau dia dengar kata-kata mamanya, mungkin dia tidak akan berasa bosan begitu. Mungkin saat ini, dia sedang berada di sisi mamanya, memerhati air sungai yang berbalam dari banglo putih di atas bukit miliknya. Atau menyemak e-mel dari kawan-kawan sekampus. Atau menyusuri Kota London tempat mamanya selalu berbelanja.
     "Adira percaya apa yang ditulis dalam telegram tu?" Soalan mamanya masih kuat dalam ingatan.
     "Shahir tak mungkin main-main dalam soal ni ma. Syed Suhaimi sakit. Mungkin dia nak jumpa kita!" ujar Adira.
     Mata Adira sedang memerhatikan dedaun kering terbang ditiup angin dan jatuh di atas rumput di halaman rumah. Kertas putih keunguan masih erat dalam genggaman. Angin kecil menggerak-gerakkan rambut perangnya yang ikal menutupi telinga. Mata birunya yang redup seperti tidak berkelip memerhatikan sehelai demi sehelai daun yang melayang, berkumpul bersama dedaun lain yang sudah menunggu. Angin terasa kering menampar wajahnya.
     "Kalau Adira nak pergi jugak, mama tak larang tapi Adira fikirkan habis-habis perkara ni," ujar mamanya sambil duduk di samping Adira.
     Adira menutup novel HARRY POTTER yang baru separuh dibacanya. Dia cuba mengukir senyuman.
     "Bahagia kan mama, bertemu dengan orang yang kita rindui?" soalnya.
     Tangan Cheryl segera mengusap pipi Adira. Matanya yang bundar kecoklatan merenung tepat ke wajah satu-satunya cahaya mata yang dia ada.
     "Kalau Adira balik ke Malaysia, bermakna Adira akan mencipta satu sejarah di sana," ujar Cheryl perlahan.
     Adira memejamkan mata. Dia faham maksud mamanya. Tetapi wajah Cheryl segera berubah. Kalau Adira pulang ke Malaysia, adakah anak gadisnya itu nanti akan pulang semula ke sisinya?
     "Kita pergi sama-sama, mama!" Tiba-tiba suara Adira yang lembut menembusi pendengarannya. Cheryl hanya melemparkan senyuman sinis mendengar cadangan anaknya itu.
     "Mama dengan ayah takde apa-apa hubungan. Adira pergilah dulu, nanti mama ikut kemudian." Suara Cheryl perlahan dan mendatar. Dia tidak lagi mengusap pipi gebu anaknya. Sebaliknya meramas dedaun kering, menjadi kepingan yang semakin mengecil. Adira perasan yang mamanya seperti sedang melepaskan geram. Daun itu tidak berdosa. Mengapa ia harus menjadi mangsa.
     "Mama masih marahkan Adira?"
     Soalan Adira bagaikan ledakan gunung berapi yang sedang memuntahkan laharnya. Cheryl tersenyum tetapi agak kaku. Dia mahu menyembunyikan kemarahan yang dipendamnya hampir 20 tahun itu.
     "Mama, ayah rindukan kita. Jomlah kita pergi ke Malaysia mama, ayah sedang menunggu kita," pujuk Adira. Surat yang digenggam dilepaskan perlahan-lahan. Mata Cheryl bulat menatap kertas yang hampir kumal. Sudah berkali-kali Adira membacanya.
     Cheryl memerhatikan surat itu. Dia seperti tidak percaya apabila menerima berita Syed Suhaimi sakit. Cheryl meragui telegram itu. Selepas apa yang dialaminya, seluruh kepercayaannya kepada Syed Suhaimi bagaikan tiada. Seluruh rasa cinta dan sayangnya telah berkubur. Syed Suhaimi yang dikahwininya 20 tahun lalu, mengaku masih bujang ketika lelaki itu meluahkan rasa cinta kepadanya. Waktu itu, di kampus, mereka bagaikan merpati dua sejoli yang tidak boleh terbang tanpa salah seorang daripada mereka. Cheryl paling bahagia apabila Syed Suhaimi melamarnya. Syed Suhaimi mengaku mencintainya. Tetapi mengapa Syed Suhaimi seperti mahu mengongkongnya?
     Pembohong!
     Hati Cheryl menjerit. Tetapi tidak sempat diucapkan lidahnya. Dia tidak mahu melabel ayah kepada anak gadisnya itu sebagai seorang pembohong. Pasti Adira akan terluka apabila ayahnya dituduh begitu. Dan pembohongan Syed Suhaimi terbongkar sebaik sahaja Adira lahir setahun kemudian.
     Syed Suhaimi sudah berkahwin dan ada anak! Cheryl berasa tertipu. Dia berasa dipermainkan. Akhirnya Cheryl hilang seluruh kepercayaan kepada Syed Suhaimi. Dia terpaksa pilih jalan hidupnya sendiri.
     Daun itu diramasnya berkali-kali. Adira tahu kalau mamanya sedang marah. Adira menangkap tangan mamanya ketika wanita Inggeris itu mahu meramas daun seterusnya.
     "Jom kita masuk mama!" pujuk Adira lembut.
     Cheryl bingkas bangun. Langkahnya pantas menuju ke dalam rumah. Adira termangu melihat reaksi mamanya. Selepas 20 tahun, rupa-rupanya kemarahan mamanya kepada ayahnya tidak pernah padam. Mungkin makin membara dan membakar. Adira tidak berhasrat mengikut Cheryl masuk ke rumah. Mungkin mamanya mahu dibiarkan sendirian untuk melayani marah dan geram. Dia tidak mahu kemarahan itu bercampur dendam. Dan dendam itu nanti pasti menghancurkan jiwanya.
     Adira menarik nafas panjang. Tirai petang semakin jatuh di kaki langit. Mengapa Tengku Shahir masih belum pulang?

                                                               ~BERSAMBUNG~

Friday, November 19, 2010

GERIMIS CINTA - BAB 3

     Tengku Shahir bergegas keluar dari bilik apabila mendengar suara mamanya begitu lantang di bawah. Tengku Mahanum sedang berdiri bercekak pinggang menghadap Adira. Tengku Shahir terkejut melihat sikap mamanya. Dia bergegas menuruni anak tangga sambil mengenakan butang baju.
     "Memang Shahir yang bagitau dia ma!" ujar Tengku Shahir pantas.
      Adira tunduk, merenung permaidani yang menenggelami sebahagian kakinya. Dengusan nafas Tengku Mahanum, terdengar mendesah. Dia sedang menahan marah yang amat sangat.
     "Kau gila Shahir? Ayah Syed memang tak mau Adira tau keadaan dia, yang kau pandai-pandai bagitau dia kenapa?"
     "Adira anak Ayah Syed, mama. Adira berhak tau." Suara Tengku Shahir perlahan, mengharap pengertian dari mamanya. Tengku Mahanum menghenyakkan tubuh tinggi lampainya ke sofa. Dia memandang Tengku Shahir penuh geram.
     "Hei Shahir, sejak bila kau ada hubungan dengan dia ni hah? Kamu berdua bercinta di belakang mama ya?" Tengku Mahanum meneka.
     Adira mengangkat mukanya. Kenyataan Tengku Mahanum memang mengejutkan. Sebenarnya, dia sendiri tidak mengingati siapa Tengku Shahir yang menghantar surat memberitahu tentang keadaan ayahnya yang sakit. Yang dia ingat, Tengku Shahir ketika itu adalah remaja yang baru berusia 19 tahun ketika mereka bertemu di Venice. Dan Adira masih ingat dia memberikan alamat kediamannya ketika Tengku Shahir meminta darinya. Hanya itu. Selepas itu dia tidak tahu malah tidak ingat langsung tentang Tengku Shahir, bagaimana pula wanita ini boleh menuduh mereka bercinta?
      Mamanya sendiri tidak mahu dia mengingati keluarga Tengku Shahir selepas pertemuan mereka di Venice dulu.

***********************************************************************************

     "Kau jangan nak ingat lagi keluarga dari Malaysia yang sombong tu! Kita tak ada kaitan dengan mereka, faham!" Cheryl menjerkahnya sebaik sahaja mereka sampai di hotel selepas pertemuan dengan keluarga Tengku Zawawi. Tengku Mahanum yang sombong dan Tengku Zawawi yang penuh prasangka. Cheryl menganggap pertemuan itu sia-sia walaupun Tengku Zawawi sendiri yang mahu mereka bertemu. Untuk memperkenalkan Tengku Mahanum dan Tengku Shahir katanya.
     Dan seperti permintaan mamanya, Adira gadis berusia 14 tahun ketika itu hanya mengikut sahaja arahan mamanya. Dia memadam ingatan tentang uncle Zawawi, Auntie Mahanum dan Tengku Shahir. Sehinggalah 2 minggu lalu, sepucuk telegram dari Malaysia sampai di rumahnya. Dan Adira cuba mengingati nama si pengirim yang memberitahu ayahnya sakit tenat.
     Wajah Tengku Mahanum semakin bengis. Adira dapat rasakan keadaan semakin tegang. Rupa-rupanya kedatangannya ke rumah itu tidak disenangi.
     "Sape suruh Shahir bagitau Adira yang Ayah Syed sakit? Kan kita dah janji takkan bagitau sesiapa pasal hal ni?" jerkah Tengku Mahanum kepada anak bujangnya itu.
     Wajah Tengku Shahir ibarat kolam yang tenang airnya. Sedikitpun tidak berkocak. Dia memandang lembut wajah mamanya. Kemudian memegang erat tangan wanita itu. Tengku Mahanum menarik tangannya pantas.
     "Ma, Adira dah pun sampai. Dia penat, dia perlukan rehat ma," bisik Tengku Shahir sambil tersenyum. Dia tahu mamanya tidak sekejam itu untuk membiarkan hati Adira terus terguris. Tengku Mahanum bangun. Adira membetulkan beg sandang di bahunya.
     "Saya rasa, saya datang pada waktu yang salah. Maafkan saya auntie. Anggap jer yang auntie dengan Shahir tak pernah jumpa saya. Biar saya minta diri dulu."
     Adira mengangkat beg pakaiannya. Tengku Shahir terkejut. Dia memandang mamanya. Kemudian dia mengalihkan pandangannya kepada Adira. Wajah Adira begitu mendung sekali.
     "Adira nak ke mana?" soal Tengku Shahir penuh bimbang.
     "Nampaknya saya terpaksa cari sendiri di mana ayah saya," ujar Adira dengan nada yang begitu suram. Senyuman pahitnya terukir di bibir. Ianya sebagai tanda terima kasih atas layanan yang tidak diduga.
     "Adira mesti tinggal di sini. Saya dah janji, saya akan temukan Adira dengan Ayah Syed," ujar Tengku Shahir selamba tanpa menghiraukan renungan Tengku Mahanum yang tajam.
     "Ma, Shahir tunjukkan bilik untuk Adira ya," ujar Tengku Shahir sambil mencapai beg pakaian Adira.
     "Takpelah Shahir. Saya boleh cari hotel untuk menginap. Mama pon dah pesan supaya menginap di hotel jer," ujar Adira.
     "Tak, Adira mesti tinggal di sini," ujar Tengku Zawawi, tiba-tiba sahaja muncul di hujung tangga.
     Tengku Mahanum mendengus dan terus pergi.
     "Adira tetamu kita. Kita tak boleh biarkan Adira menginap di hotel pulak," ujar Tengku Zawawi.
     Tengku Mahanum menghempaskan pintu biliknya dengan kuat. Adira terkejut. Tengku Shahir dan Tengku Zawawi berpandangan.
     Tengku Shahir berasa malu atas sikap mamanya. Tetapi dia berusaha untuk menjadikan keadaan tenang semula. Tengku Zawawi menuruni anak tangga dan mendapatkan Tengku Shahir dan Adira.
     "Shahir, bawak Adira ke bilik tetamu."
     "Tak uncle, terima kasih. Saya akan cari hotel."
     "Adira tak tau Kuala Lumpur, nanti tersesat pulak," ujar Tengku Shahir memujuk.
     "Saya tak mau mengganggu keluarga Shahir," ujar Adira sambil merenung wajah Tengku Shahir.
     Tengku Shahir sederhana tinggi orangnya. Dengan rambut yang agak lurus seperti rambutnya, sorotan matanya yang redup seperti matanya dan mempunyai kulit putih cerah seperti kulitnya, Tengku Shahir kelihatan tampan. Dia memang seorang yang mempunyai watak menarik, penuh berkarisma dan berwibawa.
     "Mari Adira," pelawa Tengku Shahir, mencapai beg pakaian Adira. Adira cuba mengelak.
     "Tak payahlah, Shahir. Saya nak menginap di hotel jer," ujar Adira cuba bersikap sopan.
     "Terima kasih uncle, maafkan saya, saya tak mau menyusahkan uncle sekeluarga," ungkap Adira perlahan dan penuh makna.
     "Elok kalau Adira tinggal di sini. Kita boleh berbincang," pujuk Tengku Shahir lagi.
     "Berbincang tentang apa Shahir?" soal Adira pantas.
     "Adira nak jumpa Ayah Syed kan, kita kena cari jalan macam mana caranya nak jumpa Ayah Syed tanpa pengetahuan isterinya, Tengku Habibah," ujar Tengku Shahir gugup.
     "Betul cakap Shahir tu, Adira. Kalau Adira nak jumpa Syed Suhaimi, Adira kena tinggal di sini," ujar Tengku Zawawi tegas.
     Adira tidak jadi mengambil beg pakaiannya. Dia kembali duduk di sofa.
     "Saya akan menyusahkan keluarga uncle nanti," ulang Adira lagi.
     "Tak, kalau Adira ikut semua syarat uncle nanti!"
     Syarat? Tengku Shahir dan Adira berpandangan. Apa pula syarat ayahnya kepada Adira?

***********************************************************************************

     "Yang abang pandai-pandai suruh dia tinggal di rumah ni, pasal apa? Abang memang sukalah budak tu duduk sini? Anum tak suka bang! Anum benci! Benci! Benci!" Tengku Mahanum menjerit sekuat hatinya sebaik sahaja Tengku Zawawi masuk ke bilik.
     Tengku Zawawi terkejut dengan sikap isterinya. Tetapi dia cepat memahami kenapa isterinya bersikap begitu. Membiarkan anak tiri kakak sendiri, berkongsi satu bumbung, sesiapa pun tidak akan mahu melakukannnya. Tengku Zawawi menghampiri isterinya.
     "Kak Engku tak boleh tau pasal Adira. Kita tak boleh biarkan dia tinggal di luar. Kalau dia cari Abang Syed di hospital, mesti Kak Engku tau. Apa Abang Syed nak cakap nanti? Silap-silap dia terkejut tengok Adira dan..."
     "Abang takut Abang Syed mati terkejut bila jumpa Adira?"
     Tengku Zawawi mengangguk.
     "Bukan Abang Syed jer, Kak Engku sekali."
     Tengku Mahanum melepaskan geramnya dengan menghentak permukaan almari soleknya dengan kedua-dua belah tangan. Tanda protes.
     "Tulah bang, subahat dengan Abang Syed. Sekarang ni hah, tanggunglah sendiri. Nak berahsia sangat, dah jadi macam ni, abang jugak yang susah kan," bentak Tengku Mahanum.
     "Sudahlah Anum. Abang tau apa abang nak buat. Sekarang ni bukan masa yang sesuai nak mempertemukan Adira dengan Abang Syed. Bukan dengan Kak Engku jer kita mesti rahsiakan, Abang Syed sekali, abang tak mau Abang Syed terkejut!"
     "Hmmm...eloklah tu! Buat masalah banyak-banyak, last-last nanti abang sendiri yang terlingkup," ujar Tengku Mahanum menjeling geram.

                                              ~BERSAMBUNG~

GERIMIS CINTA - BAB 2

Tengku Zawawi menghempaskan pintu bilik yang baru dibukanya agak kuat. Dia seperti hilang pedoman. Mundar-mandir tidak tentu arah. Tengku Mahanum yang sedang tidur, terkejut mendengar hempasan pintu. Dia bingkas bangun dan menggosok-gosok matanya. Mulutnya merungut, marah dengan tindakan Tengku Zawawi menghempaskan pintu dengan kuat.
      "Habis kita kali ni!" Tengku Zawawi seakan terpekik. Tengku Mahanum terpisat-pisat, hairan melihat gelagat suaminya pagi itu.
       "Apa yang habis? Saham jatuh lagi ke?" ujarnya separuh marah.
       "Anum dah cakap, jual jer saham-saham tu, dapat modal balik cukuplah," ujar Tengku Mahanum sambil menguap.
       "Kalau Kak Engku tau, matilah kita! Rahsia dah bocor, semua dah terbongkar!" Tengku Zawawi menahan geram. Dia menghenyakkan tubuh ke katil. Peluh yang memercik di dahinya semakin lebat. Tengku Zawawi memicit kepalanya.
       "Apa abang cakap ni? Saya tak faham!"
       "Sharifah Adira, anak Abang Syed Suhaimi dengan Cheryl...ada di bawah!"
       "What?"
       "Sharifah Adira, anak Abang Syed Suhaimi dengan Cheryl..perempuan Inggeris tu, ada di bawah! Dia datang cari Shahir!"
       Tengku Zawawi mengulangi penerangannya dengan lebih kuat. Tengku Mahanum seakan mahu melompat dari katil. Dia juga terkejut mendengar nama Sharifah Adira disebut.
       "Betul ker abang cakap ni?" ujarnya sambil membetul-betulkan pakaian tidur yang masih terlekat di tubuhnya. "Macam mana dia boleh sampai ke sini?" Dia juga rasa berdebar.
       "Sape lagi kalau bukan Shahir yang suruh dia datang. Shahir jer yang selalu tanya itu ini pasal budak tu!"
       "Shahir?"
       "Yelah..sape lagi?"
        Tengku Mahanum semakin berdebar. Dia mengemaskan katilnya dengan pantas.
        Kalau benarlah Sharifah Adira datang, bermakna dia juga dalam bahaya. Kalau kakaknya Tengku Habibah tahu, pasti dia juga akan menerima bahananya.
        "Apahal pulak tiba-tiba jer dia datang ni?" soal Tengku Mahanum, menyarung selipar yang memang sudah ada di hujung katilnya.
        "Abang dah agak lambat laun perkara ni akan berlaku jugak" ujar Tengku Zawawi sambil meramas rambut yang mula beruban. "Abang pon tak faham, kenapa Abang Syed nak rahsiakan sangat perkara ni. Dia bukan ada apa-apa hubungan lagi dengan Cheryl!" ujar Tengku Zawawi kesal.
        Tengku Mahanum menahan debaran. Dia bergegas ke bilik air dan keluar 5 minit kemudian dengan tuala lembap yang melingkari tubuhnya. Kakinya seperti melekat di lantai. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Tengku Mahanum menjeling suaminya.
        "Abang buat per lagi kat  sini, pegilah jenguk budak-budak tu!" Tengku Mahanum seakan geram. Tengku Zawawi menjeling isterinya.
        "Apa abang nak buat dengan budak tu? Nak peluk? Nak cium?" soal Tengku Zawawi kasar.
        Tengku Mahanum selamba menanggalkan tuala di kepala dan mengeringkan tengkuk serta batang lehernya yang masih basah.
        "Dia kan tetamu, layanlah dengan baik," ujar Tengku Mahanum, memakai pewangi di seluruh tubuhnya.
        "Dia tetamu Shahir!" jerkah Tengku Zawawi.
        "Shahir jer? Bukan abang sekali?" soal Tengku Mahanum seakan memperli.
        "Dia terus cari Shahir bila sampai tadi. Shahir pon macam dah kenal sangat dengan dia!"
         Tengku Mahanum terdiam. Matanya menjeling suaminya yang masih termangu.
         "Abang ingat tak pertemuan kita di Bolognise d'cafe masa kita dekat Venice dulu? Shahir ada masa abang kenalkan Anum dengan Cheryl dan Adira. Agaknya lepas pertemuan tu dorang selalu berjumpa di US tak?" ujar Tengku Mahanum membuat andaian.
         Tengku Zawawi diam. Tengku Mahanum mencapai blaus pendek dan seluar panjang dari almari.
         "Tu 5 tahun dulu. Takkan Shahir..." kata-kata Tengku Zawawi terputus. Tengku Mahanum memintas pantas.
         "...ada hubungan dengan Adira lepas tu? Senyap-senyap?"
         "Manalah abang tau. Shahir pon sejak 3 4 tahun ni selalu sangat ke Eropah. Pantang ada semester break, Londonlah, Germanylah, Scotland. Mungkin dorang berjumpa kat mana-mana."
         "Apa salahnya, boleh mendekatkan yang jauh, kan?" usik Tengku Mahanum sambil tersenyum. Tetapi senyumannya seperti dibuat-buat. Dan Tengku Zawawi pasti merasakan perlian isterinya setiap kali dia bersuara.
         Tengku Mahanum siap berpakaian rapi. Tengku Zawawi menongkat kepala. Dia menghampiri suaminya, melingkarkan tangan ke leher Tengku Zawawi dan memberi ciuman ke rambut suaminya.
         "Anum nak tengok bakal menantu kita!" bisik Tengku Mahanum ke telinga Tengku Zawawi. Tengku Zawawi mendengus.

*******************************************************************************************

Adira berasa sepi selepas ditinggalkan sendirian di ruang tamu banglo besar itu. Matanya melilau melihat candeliar yang bergantungan. Sesetengahnya masih menyimbahkan warna kuning keemasan ke merata ruang. Mangkuk dan bunga kristal bagaikan hidup di atas meja kaca bertiang besi di tengah rumah. Tidak banyak bezanya dengan rumah yang didiami bersama mamanya di barat kota London.
         Tengku Shahir memintanya duduk sebentar sementara dia menukar pakaian. Dia semakin asing di rumah dan tempat yang asing itu. Adira sendiri tidak menyangka dia akan sampai juga ke rumah itu. Satu-satunya rumah yang dia tahu alamatnya. Satu-satu rumah yang dia pernah berjumpa dengan penghuninya 5 tahun yang lalu tetapi bukan di situ.
         Derap perlahan tapak kaki menuruni anak tangga menangkap pendengarannya. Adira segera mengalih pandangan ke tangga yang berkisi besi keemasan. Seorang wanita memerhatikannya dengan wajah selamba. Tersenyum tidak, marah pun tidak. Tetapi mata wanita itu tidak lepas memandangnya.
         Adira bangun perlahan-lahan dari sofa yang diduduki. Dia sendiri serba salah untuk berhadapan dengan wanita itu. Dia tidak berubah. Malah pony-tailnya juga masih ada, seperti yang dilihat di pinggir Sungai Venice.
         Tengku Mahanum memberi isyarat supaya dia duduk semula. Bibir Adira bergerak, seperti hendak menuturkan sesuatu. Tetapi jelingan mata Tengku Mahanum amat melemahkan jiwanya. Dia seperti tidak mampu bersuara walaupun sepatah.
         Auntie Mahanum, hatinya berbisik. Dia amat yakin, itulah Tengku Mahanum yang pernah dilihatnya 5 tahun lalu.
         "Pukul berapa sampai tadi?" soal Tengku Mahanum dalam nada yang tidak mesra.
         "Pukul 6.00 auntie," ujar Adira penuh sopan. Tengku Mahanum mengangguk.
         "Sape lagi yang tau Adira ke sini?"
         "Mama."
         Tengku Mahanum menjeling. Adira faham kalau wanita itu tidak pernah menyukai mamanya.
         "Syed Suhaimi?"
         "Ayah tak tau auntie," ujar Adira perlahan.
         "Kau tau tak, dunia ni boleh tunggang terbalik kalau dorang tau kau datang sini," ujar Tengku Mahanum dengan angkuh.
         Adira tersentak. Alangkah kasarnya wanita ini. Memang kelembutan itu tidak terpancar di wajahnya. Tidak sama sekali. Wanita timur lembut dan sopan santun, bagaimana mitos yang datang di alam khayalannya. Kini dia sedang berdepan dengan wanita timur itu. Angkuh dan sombong.
         "Maafkan saya auntie. Shahir bagitau ayah saya sakit, jadi saya datang nak tengok ayah saya!"
         "What?" Tengku Mahanum terpekik. Dia lantas berdiri. Matanya bulat merenung wajah Adira. Adira gementar.
         "Shahir bagitau Syed Suhaimi sakit?"
         Adira mengangguk.
         "Hei, korang berdua ni, dalam senyap-senyap buat hubungan sulit ya?" sindir Tengku Mahanum.
          Adira semakin menggeletar. Dia tidak bersedia untuk ditengking dan dimarah begitu. Lebih-lebih lagi, inilah kali pertama dia datang ke rumah itu. Pertama kali ingin bertemu ayahnya. Mungkinkah kehadirannya memang tidak diterima? Hanya kerana dia anak kepada isteri kedua ayahnya?

                                              ~BERSAMBUNG~

GERIMIS CINTA - BAB 1

"Can I help you?" Mata Tengku Zawawi merenung tepat ke wajah gadis berambut perang bermata coklat yang sedang berdiri di sebalik pintu pagar besi di depan rumahnya. Hairan, pagi-pagi begini ada seorang gadis asing yang baru turun dari teksi dan terus menghampiri pintu pagar rumahnya. Dan Tengku Zawawi mendengar gadis itu seperti memberi salam. Tetapi benarkah?
       Tengku Zawawi tidak jadi memukul bola golf. Sebaliknya melangkah terus ke arah pintu pagar yang masih berkunci. Gadis itu cuba tersenyum. Beg sandang yang dipegang, diletakkan di hujung kaki. Sebelah tangannya menyebak rambut lurus halus yang hampir menutupi mata. Mata yang coklat bersinar, dengan kening nipis membuatkan Tengku Zawawi merenung gadis itu tanpa mengelipkan mata. Lebih-lebih lagi apabila dia merasakan seperti pernah melihat wajah itu. Tetapi siapa? Dan di mana?
       "Looking for someone?" Tengku Zawawi mengulangi soalan.
       Gadis itu kelihatan gugup. Dan cuba melarikan pandangan dari renungan Tengku Zawawi.
       "Shahir!" ujarnya lancar. "Saya mencari Tengku Shahir."
       Tengku Zawawi terkejut. Gadis itu pandai bertutur dalam Bahasa Malaysia dengan fasih.
       "Ini rumah Tengku Shahir, kan?" soal gadis itu mengharap kepastian. Matanya memerhati keadaan sekeliling. Dia seperti dalam kebimbangan.
       Tengku Zawawi terus berasa hairan. Pagi-pagi begini, seorang gadis Inggeris yang fasih berbahasa Malaysia, datang mencari Shahir. Siapakah dia?
       Tengku Zawawi mengangguk. Mengangkat tangan memberi isyarat untuk tunggu dan kemudian berundur beberapa tapak ke belakang.
       Tengku Zawawi  berlari-lari anak menuju ke banglonya. Ketika melintasi kolam renang di sebelah kiri laluan ke pintu utama, dia melihat Tengku Shahir sedang leka berenang. Sesekali dia mengapungkan badan, sesekali menyelam dan timbul beberapa minit kemudian.
       "Shahir!" jerit Tengku Zawawi agak kuat.
       Tengku Shahir tidak perasan jeritan ayahnya. Dia asyik menikmati kedinginan kolam renang yang berdasar biru. Tengku Shahir menyelam semula. Apabila timbul 3 minit kemudian, Tengku Zawawi sudah pun berdiri di tubir yang paling hampir dengannya.
       "Shahir, ada orang cari!" Tengku Shahir terkejut sambil melepaskan nafas yang ditahannya.
       "Sape yah?"
       "Ayah tak tau. Dia cari Shahir."
       Tengku Zawawi terburu-buru berlari menuju ke pintu.
       Butang remote ditekan. Pintu besi terbuka. Tengku Zawawi bergegas semula ke kolam renang. Dia geram melihat Tengku Shahir masih tercegat, memerhatikan gadis berambut perang itu dari jauh.
       "Cepatlah sikit Shahir." Laungan ayahnya agak kuat. Tengku Shahir terkejut sekali lagi.
       "Sape yah?" soal anak muda itu sambil membuka shower head dan mencari arah yang ditunjukkan ayahnya.
       "Ayah tak tau. Tapi dia sebut nama Shahir," ujar Tengku Zawawi yang bergegas semula menuju ke pintu pagar.
       Tengku Shahir berenang ke tangga kolam. Dia mencapai tuala yang diletakkan pada tubir simen dan mengelap mukanya. Tuala dibalutkan ke tubuhnya yang hanya ditutupi swimming trunk getah yang sendat. Tengku Zawawi mempersilakan gadis itu masuk.
       Tanda tanya mula menerpa kotak fikir Tengku Shahir, yang masih tercengang memerhatikan gadis itu dari jauh. Siapa gadis Inggeris yang mencarinya pagi-pagi begini?
       Tak mungkin salah seorang rakan sekelas sewaktu menuntut di Universiti Elizabeth dulu. Dia tidak pernah rapat walaupun dengan seorang gadis Inggeris di universitinya. Siapakah gadis itu?
       "Itu Shahir," ujar Tengku Zawawi.
       Gadis itu mengangguk. Senyumannya menjadi lebih lebar apabila melihat wajah Tengku Shahir yang semakin hampir melangkah ke arahnya. Senyuman Adira yang manis itu segera mengingatkan Tengku Shahir kepada seseorang.
       "Adira?" Tengku Shahir gugup menyoal.
       Gadis itu mengangguk. Tengku Zawawi terkejut.
       "Adira?" ucap Tengku Zawawi perlahan.
       "Ayah, ni Adira... Adira yah!" Tengku Shahir cuba meyakinkan ayahnya. Tengku Zawawi ternganga kehairanan.
       "Adira! Anak Abang Syed Suhaimi?" soal Tengku Zawawi.
       Dadanya dilanda debaran. Wajahnya pucat tiba-tiba. Peluh dingin seperti memercik dari dahi dan seluruh tubuhnya. Menyebut nama Adira seakan menggetarkan seluruh rona darahnya. Tiba-tiba Tengku Zawawi bergegas pergi, meninggalkan kedua-duanya. Adira terkejut melihat reaksi lelaki itu Tengku Shahir juga hairan melihat sikap ayahnya.
       "Maafkan ayah... dia..."
       "Saya faham. Shahir, saya cuma nak jumpa awak. Saya takkan ganggu keluarga awak," ujar Adira perlahan. "Terima kasih kerana bagitau saya tentang ayah saya. Saya cuma nak jumpa dia," ujar Adira seakan hiba.
       Tengku Shahir serba salah. Tangannya pantas mencapai beg pakaian Adira.
       "Mari masuk dulu," ujarnya. "Awak bukan orang lain, keluarga kami juga."


                                                                    ~BERSAMBUNG~

Friday, November 12, 2010

Kebahagiaan dalam perpisahan SHAHIR AF8 (lirik)

Do u know why i love this song?..sbb lagu ni bez sangat..antara byk2 lagu,paling suka lagu ni..lagu ni ada kekuatannya yg tersendiri..kekuatan itulah yg menyebabkan org enjoy layan this song..smua org ada lagu feveret,so do i..n this is one of my feveret song..4 sapa2 yg xsuka..






ADA KU KESAH????!!



LAYANNNN~~~~ZASSSSSSSSS..!!

Pelik Dan Misteri...............

heyyo bloggy! want 2 share something..pagi td dalam pukul berapa xtaula.,aku tidoq dgn nyenyak sekali..
tiba2 something happen..apa yg sudah berlaku??..haaaa..mai cek nk habaq mai..kaki kananku tiba berasa sakit ya amat..dia tiba2 jadi keras dan kejung..xleh gerak..klau digerakkan,lagi bertambah2 sakitnya..Ya Allah hnya Tuhan jer yg taw perasaanku waktu tu..ingatkn lumpuh ker apa ker..panik la jugak..yela kn,selalunya org yg lumpuh ni dh xboleh gerak2kn anggota badan dia..sakit kaki tu smpai ku kena angkat kaki kananku letak tmpat yg empuk sikit..pastu sambong la tidoq balek..pastu terbangun sbb mak suruh bangun semayang subuh..ku mmg liat bangun pagi..ku suka buat2 garu tangan ker,tengkuk ker sbb nk tunjuk dh bangun..pastu sambong lagi..haih..terok betul la ku ni..oke..back to the topic..bila dh bangun tu kn,rasa pelik..aik??.kakiku dh xsakit..how come??kakiku dh kembali seperti normal..Alhamdullilah..klau terus-terusan sakit macam ni,alamatnya kena heret la..i wonder la,dari mana datangnya sakit ni??..dia menyerang secara tiba2..itu yg pelik dan sangat misteri..hmm..ku xsuka pikir benda2 yg pelik ni..tapi xpe,dh kembali seperti sediakala pon dh bersyukur..no need to complain much..nnti klau yg lebih terok datang,cmna??haaaa...i dont know..LU PIKIRLA SENDIRI!!!

Why..why..why??

heyyo bloggy!..want 2 share something..im very2 sad right now..what did i do wrong?
i understand smua orang akan rasa tidak suka/xsenang dgn prbuatan/perangai seseorang itu..
well,itu lumrah la kn..everything were change too fast..do you know what??..i used to be somebody that were close to her..we will always together even we're just friends..nothing special but i really hepi beside her..
but now it changes my life..my soul feels very empty..she has found new friend that is far better than me..
she leaves me just like that!without saying anything..she ignored me..she hates me now..but its okey..
to prove that i still want to befriend her,ill never do something that she dont like k..n i hope u will 4give
me 4 all my mistakes..im just a human being..please accept me back as your friend..dont torture me like this..
believe me frens,i still love u n our friendship..!!!!

Thursday, November 11, 2010

BLOGGING !!=)

WOW! i already have a blog..one improvement 4 me..congratez husna..hahaks
memandangkan this is my pestime corat-coret di blog ni,nothing much 2 say..









MULAKAN HARI ANDA DENGAN SENYUMAN!!!!! =DDDDD